Aplikasi Yang Membantu Pembelajaran Pelajar
1.0 PADLET
v Padlet
merupakan satu aplikasi yang terdapat di internet yang membolehkan orang ramai
atau pengguna untuk menyatakan pandangan mereka mengenai topik yang sama dengan
mudah.
v Padlet
juga merupakan aplikasi perbualan atau sembang secara terbuka membenarkan
sesiapa sahaja yang menggunakannya.
v Padlet
menggunakan konsep “click&drag”, dimana pengguna boleh berkongsi apa sahaja
yang diinginkan dengan meletakkanya di atas padlet.
v Padlet juga merupakan web
kolaboratif- membolehkan seseorang itu menjadi penghasil dan dalam masa yang
sama juga sebagai pengguna.
v Pengguna
boeh menggunakan teks, imej, audio, video atau pautan web di dinding digital
padlet.
1.1 Bagaimana
padlet berfungsi?
v Padlet
berfungsi seperti kunci dalam talian di mana orang ramai boleh meletakkan
apa-apa sahaja maklumat.
v Contohnya,
imej, video, dokumen, dan teks di mana-mana pada halaman yang telah disediakan,
bersama-sama dengan sesiapa sahaja, dari mana-mana PC atau Tab (android).

1.2 Kelebihan padlet dalam PdP
v PdP
akan menjadi lebih menarik dan interaktif.
v Pelajar
terlibat secara kolaboratif.
v Pengguna
dapat mengawal sendiri aktiviti mereka.
v Memberi
peluang yang sama rata antara pengguna dalam kumpulan dalam menyumbang idea
mereka ataupun memberi maklum balas terhadap sesuatu idea.
v Membenarkan
pelajar mengulangkaji pelajaran selepas waktu PdP.
v Dinding
digital yang membolehkan pelajar menulis apa sahaja idea berkenaan pembelajaran
sama ada melalui teks, gambar, video, audio ataupun pautan web.
1.3 Cara untuk membuat padlet.
1.4 Bagaimana
Padlet dapat Membantu Para Pelajar
1. Aplikasi
Padlet membantu pelajar menempatkan bahan pembelajaran dan rujukan yang mereka
perolehi di tempat yang betul yakni Padlet agar nota tersebut mudah dicari dan
tidak hilang.
2. Para
pelajar juga dapat menjadikan nota mereka lebih menarik dan bermakna untuk
dijadikan sebagai rujukan di mana boleh menggabungkan imej, audio, atau video
menggunakan laman web yang sesuai. Oleh itu, para pelajar akan lebih mudah
untuk mencari bahan bacaan yang mantap.
3. Para
pelajar juga berupaya mengumpulkan nota-nota yang ringkas dan padat untuk
kegunaan di musim peperiksaan.
4. Aplikasi
Padlet ini juga membantu para pelajar mengulangkaji dalam waktu yang singkat
dengan cepat dan mudah difahami walaupun dalam waktu yang singkat.
2.0 Quizizz
v Quizizz
merupakan salah aplikasi web 2.0 yang menarik untuk digunakan dalam
pembelajaran dan pengajaran.
v Ianya
dikatakan menarik dengan kerana mampu menggantikan cara lama yang hanya
melibatkan kertas dan pen yang dilihat sebagai membosankan.
v Aplikasi
ini juga tidak memerlukan apa-apa bayaran.
v Menerusi
Quizizz, seseorang dapat mencipta kuiz baharu ataupun mencuba kuiz yang telah
disediakan.
2.1 Kelebihan Quizizz
v Pembelajaran
bersifat interaktif dan menarik dengan adanya tema, muzik, dan sebagainya.
v Pelajar
tidak perlu mendaftar akaun untuk menjawab kuiz.
v Kuiz
yang dihasilkan boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja.
v Kuiz
tersebut dapat dihasilkan dengan pantas dan mudah tanpa perlu mengambil masa
yang lama.
v Aplikasi
Quizizz boleh digunakan melalui computer, tablet atau telefon pintar.
v Aplikasi
ini juga dapat memudahkan para guru menyediakan data dan laporan tahap
penguasaan pelajar secara dengan terperinci.
2.2 Cara menggunakan Quizizz
Pengguna
perlu mendaftar akaun untuk mencipta akaun. Antara caranya:
2. Sign
Up (daftar) terlebih dahulu.
3. Tekan
*create untuk mula mencipta kuiz anda
4. Masukkan
nama kuiz anda
5. Taipkan
soalan anda
6. Pilih
untuk tambah saoalan
7. Tentukan
pilihan yang betul.
2.3 Quizizz dalam Pembelajaran
1. Aplikasi
Quizizz, dapat membantu pelajar menguji kefahaman mereka selepas tamatnya
sesuatu pembelajaran. Oleh itu, para pelajarnya khususnya dapat mengetahui di
mana kelemahan mereka dan memperbaiki kelemahan tersebut
2. Aplikasi
Quizizz ini juga seolah-olah seperti permainan berbentuk ilmiah. Oleh itu,
pelajar berasa tertarik untuk menjawabnya. Berbanding dengan menjawab soalan di
dalam buku yang menyebabkan para pelajar cepat bosan lama kelamaan
3. Pelajar
dapat menjawab soalan kuiz tersebut berdasarkan tajuk yang mereka lemah dan
menjadikannya sebagai yang latihan pengukuhan.
4.
Pelajar dapat mengingat
dengan lebih lama tentang isi-isi penting dalam sesuatu topik apabila
menjawabnya dengan kerap.
3.0)
KAHOOT
3.1)
Apa itu Kahoot?
v
Satu aplikasi online yang sangat interaktif
dan menarik untuk membuat dan menjawab quiz.
v
Percuma digunakan.
v
Pelajar boleh mencipta pelbagai soalan untuk setiap
subjek dan cuba menjawabnya untuk menguji sejauh mana ingatan masing-masing.
v
Aplikasi yang menarik dan menyeronokkan ini, mampu
menguatkan lagi daya ingatan seseorang.
3.2)
Kelebihan dalam pembelajaran
v
Sebagai pelajar di IPG, saya dapat menambahkan lagi
pemahaman saya dengan menjawab soalan quiz ini kerana aplikasi kahoot ini
sangat menarik dan disertakan dengan bunyi yang dapat menggalakkan semua
pelajar untuk bergiat aktif di dalam kelas.
v
Dengan ini, tiada pelajar yang akan ketinggalan dan
apa yang disampaikan oleh pensyarah menjadi lebih berkesan.
v
Selain itu, analisis soalan yang komprehensif menyebabkan saya lebih teliti dalam menjawab
soalan mengikut masa yang telah diperuntukkan. Jadi, saya lebih bersedia untuk
bersaing dengan rakan-rakan lain sewaktu menjawab soalan.
4.0) FACEBOOK
4.1) Apa itu Facebook?
v
Facebook
merupakan suatu aplikasi yang membenarkan para penggunanya memuat naik status,
foto dan berkomunikasi antara satu sama lain untuk memberi pendapat dan
sebagainya.
4.2) Kelebihan dalam pembelajaran
v
Sebagai
pelajar IPG, saya dapat berhubung dengan pelajar lain dan berbincang tentang
permasalahan yang berlaku terutamanya dalam pelajaran dan berusaha untuk
mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
v
Melalui
ini, saya dapat mengambil kira pandangan orang lain dalam semua aspek dan
sedikit sebanyak dapat melatih diri seseorang untuk menerima pendapat oranglain
dengan hati terbuka.
v
Dengan
Facebook, maklumat yang disampaikan menjadi lebih cepat kerana penggunannya
yang meluas menyebabkan ramai yang tidak ketinggalan
v
Hasilnya,
dengan pelbagai pendapat dan kupasan dari orang ramai, pelajar dapat mengetahui
sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam tanpa perlu bersusah payah kerana segalanya di hujung
jari. Sebagai contoh:
1)
Facebook
Group
Melalui facebook group,
setiap pelajar dapat bergabung untuk melalakukan kerja secara berkumpulan
dengan mudah tanpa perlu bersua muka.
2) Facebook Share
Facebook share dapat dimanfaatkan dengan
baik jika terdapat pautan yang menarik dan berguna dikongsi dengan orang lain
dengan cara menekan butang 'share’. Maka, orang lain turut sama mendapat
manfaatnya.
5.0)
TWITTER
5.1) Apa itu Twitter?
v
Twitter
merupakan perkhidmatan rangkaian sosial dan micro-blogging yang membenarkan
pengguna menghantar dan membaca mesej yang dsebut tweet iaitu pesanan teks
sehingga 140 aksara.
5.2) Kelebihan
dalam pembelajaran
v
Penggunaannya
yang percuma dan ringkas
membolehkan maklumat disampaikan
dengan tepat dan benar.
v
Ia
amat sesuai digunakan sebagai medium pepmbelajaran kerana melalui butang
‘retweet’, maklumat akan dapat disebarkan dengan meluas.
v
Terutamanya
dalam konteks pelajar saya dapat mengetahui isu semasa yang berlaku dengan
mudah kerana ramainya orang bertanggungjawab yang menyebarkan kepada orang lain.
Maka, saya menjadi lebih berhati-hati dengan berita tular yang disampaikan.
v
Di
twitter juga wujudnya ‘thread’ yang menjadi medium untuk perkongsian ilmu.
Thread yang dibuat dengan hanya 140 aksara pada satu-satu masa membolehkan saya
memahami maklumat dengan baik dan memudahkan pemahaman saya kerana isinya yang
ringkas, padat dan jelas.
6.0) EDMODO
6.0) EDMODO
v Edmodo merupakan platform sosial persendirian.
v Aplikasi ini percuma untuk guru dan pelajar berkongsi idea, fail, peristiwa dan tugasan. Edmodo menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk berhubung dan bekerjasama dalam kelas.
v Laman ini boleh diakses di Internet dan dari mana-mana peranti mudah alih melalui aplikasi telefon pintar percuma.
v Berasaskan model penulisan blog mikro dan disesuaikan untuk penggunaan dalam pendidikan,
v Edmodo membolehkan guru menyiarkan mesej dan nota, membincangkan topik pelajaran, memberikan tugasan dan menilai kerja kelas, berkongsi kandungan dan bahan pengajaran, serta membina rangkaian dan bertukar-tukar idea sesama guru.
v Selain itu, mereka boleh menjaga kalendar kelas, menyimpan dan berkongsi fail, menerima aliran awam (RSS), dan mengadakan tinjauan.
v Edmodo dibina untuk kerjasama kumpulan yang tertutup, bermakna pelajar yang mempunyai kod rahsia sahaja yang boleh menyertai kumpulan tersebut.
6.1 ) Bagaimana Edmodo berfungsi ?
v Aplikasi ini membantu kami sebagai pelajar IPG kerana ia ringkas dan mudah difahami dalam pembelajaran. Oleh itu, pelajar dapat melibatkan diri secara aktif melalui aplikasi ini.
v Edmodo juga menyediakan ruang kepada tutor untuk menghantar peringatan tugasan, membina kalendar acara, dan menghantar mesej kepada ahli kumpulan. Dengan ini, setiap ahli kumpulan tugasan yang diberi dan kami boleh bekerjasama dalam menyiapkan tugasan.
v Kami juga boleh berkongsi pautan, video dan imej yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Oleh itu, maklumat yang disampaikan dapat difahami dengan lebih berkesan.
v Edmodo boleh menjadi medium untuk tutor berkomunikasi dengan berkesan kepada kami yang apabila memerlukan bimbingan berkenaan topik yang kurang difahami.
6.3) Edmodo dalam pembelajaran
6.3) Edmodo dalam pembelajaran
v Aplikasi ini membantu saya sebagai salah seorang pelajar IPG. Edmodo juga membantu tenaga pengajar untuk mengawasi kemajuan pelajar.
v Edmodo membantu kami sebagai pelajar untuk menghantar kandungan secara elektronik, menghantar makluman melalui e-mel dan mesej teks, dan yang paling penting adalah Edmodo menyediakan cara yang cepat dan mudah untuk mengendalikan pentaksiran autentik.
v Kami juga boleh menggunakan jaluran perbincangan hampir sama seperti mengendalikan temu bual dengan rakan sebaya sambil menggalakkan dialog, mencabar kami untuk menulis secara ringkas dan padat, serta mempertahankan pendapat kami sebagai pelajar dengan maklumat sokongan daripada pembacaan yang dibuat.
v Selain itu, Edmodo juga membantu kami dalam pembinaan rangkaian yang lebih baik dan selamat, jadi risiko untuk dihubungi oleh orang yang tidak dikenali bagi tujuan bukan akademik benar-benar dapat dikurangkan.
v Edmodo juga menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk kami sebagai pelajar kerana data-data peribadi kami tidak boleh diakses oleh orang lain.
v Ia juga mengurangkan bilangan kertas yang digunakan dalam bilik darjah. Jadi, kami dapat mengelakkan pembaziran kertas serta dapat meningkatkan prestasi dalam akademik dengan lebih berkesan kerana maklumat yang diperoleh adalah daripada tutor sendiri melalui Edmodo.
7.0) QR CODE
7.0) QR CODE
v Qr Code merupakan kod bar generasi kedua.
v Qr Code merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi dan dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC.
v Qr Code terdiri daripada modul hitam yang berbentuk titik segi empat pada latar putih.
7.1 ) Qr Code dalam pembelajaran
7.1 ) Qr Code dalam pembelajaran
v Qr Code membantu kami sebagai pelajar IPG kerana kami boleh membuat link website dalam pembelajaran.
v Selain itu, Qr Code membolehkan kami membuat link video youtube, link pdf serta link website . Ini memudahkan kami untuk memperoleh banyak maklumat dengan cepat dan pantas.
v Seterusnya, Qr Code membantu kami sebagai pelajar untuk memberikan jawapan dengan menampilkan QR code. Ini memudahkan proses pembelajaran kami untuk mengulangkaji pelajaran.
v Qr Code juga membolehkan kami memeriksa prosedur kerja yang telah dibuat dan menambahkan buku interaktif. Ini membolehkan kami menambah ilmu pengetahuan dalam masa yang singkat.
v Kami juga dapat mengimbas Qr Code untuk mengakses permainan teka-teki dan membuat permainan yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran. Oleh itu, pelajar akan lebih tertarik untuk melibatkan diri dalam aplikasi ini kerana meyediakan teknik pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan.
8.0 RUMUSAN
Aplikasi-aplikasi ini banyak membantu kami sebagai pelajar dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran di samping juga dapat menarik pelajar untuk lebih berminat untuk menimba ilmu melalui kemudahan teknologi ini. Oleh itu, para pelajar haruslah memanfaatkan kemudahan supaya mendapat kecemerlangan di dalam pelajaran.
8.0 RUMUSAN
Aplikasi-aplikasi ini banyak membantu kami sebagai pelajar dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran di samping juga dapat menarik pelajar untuk lebih berminat untuk menimba ilmu melalui kemudahan teknologi ini. Oleh itu, para pelajar haruslah memanfaatkan kemudahan supaya mendapat kecemerlangan di dalam pelajaran.




No comments:
Post a Comment