Wednesday, September 11, 2019

Aplikasi Yang Membantu Pembelajaran Pelajar




                                                   Aplikasi Yang Membantu Pembelajaran Pelajar


1.0 PADLET

v  Padlet merupakan satu aplikasi yang terdapat di internet yang membolehkan orang ramai atau pengguna untuk menyatakan pandangan mereka mengenai topik yang sama dengan mudah.
v  Padlet juga merupakan aplikasi perbualan atau sembang secara terbuka membenarkan sesiapa sahaja yang menggunakannya.
v  Padlet menggunakan konsep “click&drag”, dimana pengguna boleh berkongsi apa sahaja yang diinginkan dengan meletakkanya di atas padlet.
v Padlet juga merupakan  web kolaboratif- membolehkan seseorang itu menjadi penghasil dan dalam masa yang sama juga sebagai pengguna.
v  Pengguna boeh menggunakan teks, imej, audio, video atau pautan web di dinding digital padlet.

1.1 Bagaimana padlet berfungsi?


v  Padlet berfungsi seperti kunci dalam talian di mana orang ramai boleh meletakkan apa-apa sahaja maklumat.
v  Contohnya, imej, video, dokumen, dan teks di mana-mana pada halaman yang telah disediakan, bersama-sama dengan sesiapa sahaja, dari mana-mana PC atau Tab (android).


Image result for padlet
1.2 Kelebihan padlet dalam PdP

v  PdP akan menjadi lebih menarik dan interaktif.
v  Pelajar terlibat secara kolaboratif.
v  Pengguna dapat mengawal sendiri aktiviti mereka.
v  Memberi peluang yang sama rata antara pengguna dalam kumpulan dalam menyumbang idea mereka ataupun memberi maklum balas terhadap sesuatu idea.
v  Membenarkan pelajar mengulangkaji pelajaran selepas waktu PdP.
v  Dinding digital yang membolehkan pelajar menulis apa sahaja idea berkenaan pembelajaran sama ada melalui teks, gambar, video, audio ataupun pautan web.

1.3 Cara untuk membuat padlet.



1.4 Bagaimana Padlet dapat Membantu Para Pelajar

1.     Aplikasi Padlet membantu pelajar menempatkan bahan pembelajaran dan rujukan yang mereka perolehi di tempat yang betul yakni Padlet agar nota tersebut mudah dicari dan tidak hilang.

2.     Para pelajar juga dapat menjadikan nota mereka lebih menarik dan bermakna untuk dijadikan sebagai rujukan di mana boleh menggabungkan imej, audio, atau video menggunakan laman web yang sesuai. Oleh itu, para pelajar akan lebih mudah untuk mencari bahan bacaan yang mantap.

3.     Para pelajar juga berupaya mengumpulkan nota-nota yang ringkas dan padat untuk kegunaan di musim peperiksaan.

4.     Aplikasi Padlet ini juga membantu para pelajar mengulangkaji dalam waktu yang singkat dengan cepat dan mudah difahami walaupun dalam waktu yang singkat.

2.0 Quizizz

v  Quizizz merupakan salah aplikasi web 2.0 yang menarik untuk digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran.
v  Ianya dikatakan menarik dengan kerana mampu menggantikan cara lama yang hanya melibatkan kertas dan pen yang dilihat sebagai membosankan.
v  Aplikasi ini juga tidak memerlukan apa-apa bayaran.
v  Menerusi Quizizz, seseorang dapat mencipta kuiz baharu ataupun mencuba kuiz yang telah disediakan.

2.1 Kelebihan Quizizz

v  Pembelajaran bersifat interaktif dan menarik dengan adanya tema, muzik, dan sebagainya.
v  Pelajar tidak perlu mendaftar akaun untuk menjawab kuiz.
v  Kuiz yang dihasilkan boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja.
v  Kuiz tersebut dapat dihasilkan dengan pantas dan mudah tanpa perlu mengambil masa yang lama.
v  Aplikasi Quizizz boleh digunakan melalui computer, tablet atau telefon pintar.
v  Aplikasi ini juga dapat memudahkan para guru menyediakan data dan laporan tahap penguasaan pelajar secara dengan terperinci.

2.2 Cara menggunakan Quizizz

Pengguna perlu mendaftar akaun untuk mencipta akaun. Antara caranya:

1.     Mencipta akaun Quizizz (www.quizizz.com) di Google.
2.     Sign Up (daftar) terlebih dahulu.
3.     Tekan *create untuk mula mencipta kuiz anda
4.     Masukkan nama kuiz anda
5.     Taipkan soalan anda
6.     Pilih untuk tambah saoalan
7.     Tentukan pilihan yang betul.

2.3 Quizizz dalam Pembelajaran


1.     Aplikasi Quizizz, dapat membantu pelajar menguji kefahaman mereka selepas tamatnya sesuatu pembelajaran. Oleh itu, para pelajarnya khususnya dapat mengetahui di mana kelemahan mereka dan memperbaiki kelemahan tersebut

2.         Aplikasi Quizizz ini juga seolah-olah seperti permainan berbentuk ilmiah. Oleh itu, pelajar berasa tertarik untuk menjawabnya. Berbanding dengan menjawab soalan di dalam buku yang menyebabkan para pelajar cepat bosan lama kelamaan

3.     Pelajar dapat menjawab soalan kuiz tersebut berdasarkan tajuk yang mereka lemah dan menjadikannya sebagai yang latihan pengukuhan.

4.    Pelajar dapat mengingat dengan lebih lama tentang isi-isi penting dalam sesuatu topik apabila menjawabnya dengan kerap.  

3.0) KAHOOT
3.1)        Apa itu Kahoot?

v  Satu aplikasi online yang sangat interaktif dan menarik untuk membuat dan menjawab quiz.
v  Percuma digunakan.
v  Pelajar boleh mencipta pelbagai soalan untuk setiap subjek dan cuba menjawabnya untuk menguji sejauh mana ingatan masing-masing.
v  Aplikasi yang menarik dan menyeronokkan ini, mampu menguatkan lagi daya ingatan seseorang.

3.2)        Kelebihan dalam pembelajaran

v  Sebagai pelajar di IPG, saya dapat menambahkan lagi pemahaman saya dengan menjawab soalan quiz ini kerana aplikasi kahoot ini sangat menarik dan disertakan dengan bunyi yang dapat menggalakkan semua pelajar untuk bergiat aktif di dalam kelas.
v  Dengan ini, tiada pelajar yang akan ketinggalan dan apa yang disampaikan oleh pensyarah menjadi lebih berkesan.
v  Selain itu, analisis soalan yang komprehensif   menyebabkan saya lebih teliti dalam menjawab soalan mengikut masa yang telah diperuntukkan. Jadi, saya lebih bersedia untuk bersaing dengan rakan-rakan lain sewaktu menjawab soalan.

             3.3)   Cara Menggunakan Kahoot


4.0) FACEBOOK



         4.1)     Apa itu Facebook?

v  Facebook merupakan suatu aplikasi yang membenarkan para penggunanya memuat naik status, foto dan berkomunikasi antara satu sama lain untuk memberi pendapat dan sebagainya.


4.2)        Kelebihan dalam pembelajaran


v  Sebagai pelajar IPG, saya dapat berhubung dengan pelajar lain dan berbincang tentang permasalahan yang berlaku terutamanya dalam pelajaran dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
v  Melalui ini, saya dapat mengambil kira pandangan orang lain dalam semua aspek dan sedikit sebanyak dapat melatih diri seseorang untuk menerima pendapat oranglain dengan hati terbuka.
v  Dengan Facebook, maklumat yang disampaikan menjadi lebih cepat kerana penggunannya yang meluas menyebabkan ramai yang tidak ketinggalan
v  Hasilnya, dengan pelbagai pendapat dan kupasan dari orang ramai, pelajar dapat mengetahui sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam tanpa perlu  bersusah payah kerana segalanya di hujung jari. Sebagai contoh:

1)    Facebook Group

Melalui facebook group, setiap pelajar dapat bergabung untuk melalakukan kerja secara berkumpulan dengan mudah tanpa perlu bersua muka.

2)    Facebook Share

Facebook share dapat dimanfaatkan dengan baik jika terdapat pautan yang menarik dan berguna dikongsi dengan orang lain dengan cara menekan butang 'share’. Maka, orang lain turut sama mendapat manfaatnya.

5.0) TWITTER


5.1)  Apa itu Twitter?

v  Twitter merupakan perkhidmatan rangkaian sosial dan micro-blogging yang membenarkan pengguna menghantar dan membaca mesej yang dsebut tweet iaitu pesanan teks sehingga 140 aksara.

5.2)    Kelebihan dalam pembelajaran

v  Penggunaannya yang percuma dan ringkas
               membolehkan maklumat disampaikan dengan tepat dan benar.
v  Ia amat sesuai digunakan sebagai medium pepmbelajaran kerana melalui butang ‘retweet’, maklumat akan dapat disebarkan dengan meluas.
v  Terutamanya dalam konteks pelajar saya dapat mengetahui isu semasa yang berlaku dengan mudah kerana ramainya orang bertanggungjawab yang menyebarkan kepada orang lain. Maka, saya menjadi lebih berhati-hati dengan berita tular yang disampaikan.
v  Di twitter juga wujudnya ‘thread’ yang menjadi medium untuk perkongsian ilmu. Thread yang dibuat dengan hanya 140 aksara pada satu-satu masa membolehkan saya memahami maklumat dengan baik dan memudahkan pemahaman saya kerana isinya yang ringkas, padat dan jelas.



6.0) EDMODO


Edmodo merupakan platform sosial persendirian.
Aplikasi ini percuma untuk guru dan pelajar berkongsi idea, fail, peristiwa dan tugasan. Edmodo menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk berhubung dan bekerjasama dalam kelas.
Laman ini boleh diakses di Internet dan dari mana-mana peranti mudah alih melalui aplikasi telefon pintar percuma. 
Berasaskan model penulisan blog mikro dan disesuaikan untuk penggunaan dalam pendidikan,
Edmodo membolehkan guru menyiarkan mesej dan nota, membincangkan topik pelajaran, memberikan tugasan dan menilai kerja kelas, berkongsi kandungan dan bahan pengajaran, serta membina rangkaian dan bertukar-tukar idea sesama guru.
Selain itu, mereka boleh menjaga kalendar kelas, menyimpan dan berkongsi fail, menerima aliran awam (RSS), dan mengadakan tinjauan.
Edmodo dibina untuk kerjasama kumpulan yang tertutup, bermakna pelajar yang mempunyai kod rahsia sahaja yang boleh menyertai kumpulan tersebut.

6.1 ) Bagaimana Edmodo berfungsi ?

Aplikasi ini membantu kami sebagai pelajar IPG kerana ia ringkas dan mudah difahami dalam pembelajaran. Oleh itu, pelajar dapat melibatkan diri secara aktif melalui aplikasi ini.
Edmodo juga menyediakan ruang kepada tutor untuk menghantar peringatan tugasan, membina kalendar acara, dan menghantar mesej kepada ahli kumpulan. Dengan ini, setiap ahli kumpulan tugasan yang diberi dan kami boleh bekerjasama dalam menyiapkan tugasan.
Kami juga boleh berkongsi pautan, video dan imej yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Oleh itu, maklumat yang disampaikan dapat difahami dengan lebih berkesan.
Edmodo boleh menjadi medium untuk tutor berkomunikasi dengan berkesan kepada kami yang apabila memerlukan bimbingan berkenaan topik yang kurang difahami. 

6.3)  Edmodo dalam pembelajaran


Aplikasi ini membantu saya sebagai salah seorang pelajar IPG. Edmodo juga membantu tenaga pengajar untuk mengawasi kemajuan pelajar.
Edmodo membantu kami sebagai pelajar untuk menghantar kandungan secara elektronik, menghantar makluman melalui e-mel dan mesej teks, dan yang paling penting adalah Edmodo menyediakan cara yang cepat dan mudah untuk mengendalikan pentaksiran autentik.
Kami juga boleh menggunakan jaluran perbincangan hampir sama seperti mengendalikan temu bual dengan rakan sebaya sambil menggalakkan dialog, mencabar kami untuk menulis secara ringkas dan padat, serta mempertahankan pendapat kami sebagai pelajar dengan maklumat sokongan daripada pembacaan yang dibuat.
Selain itu, Edmodo juga membantu kami dalam pembinaan rangkaian yang lebih baik dan selamat, jadi risiko untuk dihubungi oleh orang yang tidak dikenali bagi tujuan bukan akademik benar-benar dapat dikurangkan.
Edmodo juga menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk kami sebagai pelajar kerana data-data peribadi kami tidak boleh diakses oleh orang lain. 
Ia juga mengurangkan bilangan kertas yang digunakan dalam bilik darjah. Jadi, kami dapat mengelakkan pembaziran kertas serta dapat meningkatkan prestasi dalam akademik dengan lebih berkesan kerana maklumat yang diperoleh adalah daripada tutor sendiri melalui Edmodo. 

7.0) QR CODE 

Qr Code merupakan kod bar generasi kedua.
Qr Code merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi dan dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC.
Qr Code terdiri daripada modul hitam yang berbentuk titik segi empat pada latar putih.

7.1 ) Qr Code dalam pembelajaran

Qr Code membantu kami sebagai pelajar IPG kerana kami boleh membuat link website dalam pembelajaran.
Selain itu, Qr Code membolehkan kami membuat link video youtube, link pdf serta link website . Ini memudahkan kami untuk memperoleh banyak maklumat dengan cepat dan pantas.
Seterusnya, Qr Code membantu kami sebagai pelajar untuk memberikan jawapan dengan menampilkan QR code. Ini memudahkan proses pembelajaran kami untuk mengulangkaji pelajaran.
Qr Code juga membolehkan kami memeriksa prosedur kerja yang telah dibuat dan menambahkan buku interaktif. Ini membolehkan kami menambah ilmu pengetahuan dalam masa yang singkat.
Kami juga dapat mengimbas Qr Code untuk mengakses permainan teka-teki dan membuat permainan yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran. Oleh itu, pelajar akan lebih tertarik untuk melibatkan diri dalam aplikasi ini kerana meyediakan teknik pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan.

8.0 RUMUSAN

Aplikasi-aplikasi ini banyak membantu kami sebagai pelajar dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran di samping juga dapat menarik pelajar untuk lebih berminat untuk menimba ilmu melalui kemudahan teknologi ini. Oleh itu, para pelajar haruslah memanfaatkan kemudahan supaya mendapat kecemerlangan di dalam pelajaran.








Wednesday, August 28, 2019

Pelajar Sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran

10.3 Pelajar sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran

Komuniti pembelajaran adalah medan pelajar menimba ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan amalan yang positif. Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara individu yang memungkinkan perubahan tingkah laku. Sebagai contoh komuniti pembelajaran professional di Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah seperti pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif, memperbaiki kemahiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.

Menurut Yale (n.d) sejak dua dekad yang lepas, IPT telah berusaha memberikan satu persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar melibakan diri dalam pembelajaran. IPT telah cuba pelbagai cara bagi mengalakkan pelajar melibatkan diri sama ada dalam fakulti/jabatan yang sama atau berlainan untuk melibatkan diri secara aktif agar dapat membentuk satu jaringan sokongan, mewujudkan hubungan persahabatan antara mereka bersama dengan institusi masing-masing.

     Tinto (2003) mengatakan bahawa kebanyakan pelajar IPT masih mengamalkan pembelajaran secara bersendirian (isolated learners).  Mereka menganggap kursus-kursus atau subjek yang diambil oleh mereka ialah kursus yang berdiri sendiri, dan tidak mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Pelajar tidak dapat melihat kepada perkaitan (coherence) antara apa-apa yang dipelajari dalam satu kursus dengan kursus yang lain. Hal ini telah menjadikan ilmu yang mereka peroleh tidak berkembang dan tidak dapat berkongsi antara satu sama lain. 

Berdasarkan prinsip ini, terdapat banyak IPT termasuk juga IPG haruslah melakukan perubahan dalam reformasi pendidikan dari segi latihan, cara belajar, penglibatan dalam korikulum, penggunaan-penggunaan aplikasi pembelajaran di kemudahan Internet dan penggunaan pedagogi yang lebih efektif supaya pelajar dapat belajar secara aktif dalam satu kumpulan pembelajaran yang digelar komuniti pembelajaran. Oleh itu, komuniti pembelajaran mestilah diwujudkan dalam kalangan pelajar IPT atau IPG agar suasana pembelajaran yang berkesan dapat diwujudkan.


10.3.1 Komuniti Pembelajaran

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komuniti merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara, (dibawah satu pemerintahan), masyarakat keseluruhannya. Komuniti juga dikaitkan dengan tempat yang didiami oleh sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu tempat saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan lain. Dapat difahami makna komuniti sebenar adalah individu yang tinggal di sesuatu tempat serta saling berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain sama ada benda hidup dan benda bukan hidup. manakala pembelajaran menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud suatu proses pembelajaran.

     Alexander Astin (1985) dalam Strange dan Banning (2003) mentakrifkan komuniti adalah pembelajaran sebagai kumpulan kecil pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang dikaitkan dengan satu maklumat yang sama, matlamat yang boleh digunakan untuk membentuk satu identiti kumpulan yang mempunyai kejelekitan serta keunikan yang menggalakan kesinambungan dan pengintergrasian pengalaman kurikulum dan korikulum yang pelbagai.


Ciri-ciri satu komuniti
  • Menawarkan semangat kekitaan, keselamatan, dan penglihatan antara ahli.
  • Mempunyai lokasi/ruang pembelajaran dan kemudahan , matlamat, dan hala tuju pembelajaran yang sama dan kebergantungan sosial anatara ahli.
  • Mempunyai perasaan kepunyaan.
  • Mempunyai keupayaan diri untuk mempengaruhi ahli-ahli lain.
  • Mempunyai penglibatan menyeluruh tanpa mengira bangsa, agama, jantina, umur, dan sebagainya.
  • Menggalakan intergrasi dari pelbagai disiplin antara kurikulum.
  • Memperkembangkan kemahiran berfikir seperti pemikiran divergen, fleksibiliti, kritikal, kreatif, metakognitif dan kognisi sosial.
  • Membawa fakulti/jabatan bersama dalam bentuk pembelajaran yang lebih bermakna.



10.3.2 Cabaran Membentuk Komuniti Pembelajaran

Untuk mencapai sesuatu kejayaan, pelbagai cabaran haruslah ditempuhi. Antara cabaran yang perlu dilalui dalam membentuk komuniti pembelajaran adalah seperti berikut.

  1. Penglibatan(Involvement) - Komuniti pembelajaran yang ikhlas sentiasa memberikan galakan untuk peglibatan bersama ahli-ahlinya. Semua ahli dalam komuniti pembelajaran adalah penting dan semua ahli adalah diperlukan.
  2. Pengaruh (Influence) - Semua ahli dikehendaki membangunkan satu kontrak sosial yang dapat memenuhi piawaian kumpulan dan disahkan secara individu dan secara kumpulan
  3. Pelaburan (Investment) - mempunyai pemilikan secara psikologi (pscychological ownership) dalam penglibatan dan pengaruh. Setiap ahli atau pelajar mempunyai keprihatinan, saling faham-memahami bersifat telus dan berkomunikasi secara asertif antara satu sama lain.
  4. Idenititi (Identity) - Ahli menggambarkan diri mereka sebagai "kami". Hal ini menekankan kepentingan mereka terhadap keharmonian dan matlamat bersama. 

10.3.3 Peranan Pelajar Sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran

Pelajar perlulah mempunyai kepakaran dalam kemahiran penyesuaian sosial dan praktikal supaya komuniti pembelajaran yang terhasil dapat dimanfaatkan dengan betul. Antara peranan yang boleh digunakan oleh pelajar ialah:

1. Pelajar haruslah mahir menggunakan kemahiran interpersonal untuk berkomunikasi antara satu sama lain dengan mengemukakan soalan "Apakah matlamat komuniti pembelajaran ini?, “Bagaimanakah mereka harus melaksanakan komuniti pembelajaran ini supaya matlamat mereka tercapai” dan sebagainya.

2. Pelajar dapat saling meluahkan perasaan, pendapat, berkongsi idea dan saling membantu untuk memahami sesuatu perkara.

3. Pelajar dapat belajar cara untuk berhubung sesama mereka untuk berinteraksi dan membuat perkaitan kandungan yang dipelajari dengan pengalaman yang dilalui.

4. Pelajar menjadi lebih bermotivasi serta mengetahui cara untuk menghormati pendapat orang lain dalam melaksanakan proses komuniti pembelajaran. Dengan ini, mereka dapat membina persefahaman antara satu sama lain. 

5. Pelajar-pelajar belajar mengamalkan sifat toleransi terhadap orang lain, toleransi terhadap perkongsian idea atau fakta yang mungkin tidak sependapat dengan mereka supaya sesuatu persekitaran pembelajaran yang selamat dan harmoni dapat selalu diwujudkan.

6. Komuniti pembelajaran dapat menggalakkan para pelajar untuk bersosial dan selesa dalam melakukan kerja berkumpulan. Pelajar akan lebih yakin dan berupaya melahirkan hubungan untuk bersosial dalam pembelajaran dan bukan sekadar secara bersendirian. Hubungan sosial yang wujud dalam ahli komuniti dapat memperkembangkan identiti dan ego semasa menuntut di IPG serta di IPT.

7. Para pelajar mempelajari cara untuk berkompromi, saling mempengaruhi dan menunjukkan keprihatinan. Kemahiran yang dipelajari dalam komuniti pembelajaran dapat diamalkan semasa berada di dalam kelas mahupun di luar kelas.


 Kesimpulannya, pelajar-pelajar IPT mahupun IPG mestilah melibatkan diri sebagai ahli komuniti pembelajaran. Banyak faedah yang yang dapat diperoleh sekiranya semua ahli komuniti pembelajaran memainkan peranan masing-masing dengan baik. Penyesuaian sosial dalam kalangan pelajar mestilah diamalkan supaya suatu komuniti pembelajaran itu berjalan dengan lancar. Oleh itu, para pelajar haruslah menggunakan kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal untuk menjadikan ahli komuniti pembelajaran itu sebuah komuniti yang memberikan faedah kepada semua pihak terutamanya dalam bidang komuniti.





    Disediakan oleh:

💗Nur Anis Alyaa’ Binti Bakri
💗Nur Dania Najwa Binti Muhsin
 ðŸ’—Nurin Nadhrah Binti As’ari 

Aplikasi Yang Membantu Pembelajaran Pelajar

                                                   Aplikasi Yang Membantu Pembelajaran Pelajar 1.0 PADLET v   Padlet merupakan...